fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil

FOTO FAIL

KUALA LUMPUR, 5 Jun - Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional merosot kepada RM26.94 bilion daripada RM28.20 bilion pagi ini manakala mudah tunai dalam dana Islam berkurangan kepada RM19.44 bilion daripada RM20.71 bilion sebelum ini.

Terdahulu, bank pusat menjalankan satu tender repo berbalik.

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah komoditi bercagar bagi tempoh satu hingga tiga bulan.

Pada 4 petang, bank pusat menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM26.9 bilion dan tender pasaran wang Murabahah bernilai RM19.4 bilion, kedua-duanya untuk wang empat hari.

Setakat 4 Jun, Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) kekal pada 3.00 peratus. - BERNAMA

TETITIA YUSOFF