fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil

Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia ( BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan / Foto Fail

KUALA LUMPUR, 4 Jun - Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia ( BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Kecairan dalam sistem konvensional melebar kepada RM29.02 bilion berbanding RM28.25 bilion yang disaksikan pada sebelah pagi, manakala mudah tunai dalam dana Islam mengecil kepada RM20.61 bilion daripada RM21.73 bilion sebelumnya.

Terdahulu, bank pusat itu menjalankan dua tender repo berbalik tender dan tender repo berbalik Islam.

BNM juga mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik serta kemudahan komoditi bercagar murabahah untuk tempoh satu hingga tiga bulan.

Pada 4 petang, bank pusat itu melaksanakan tender pasaran wang konvensional sebanyak RM29 bilion dan tender pasaran wang murabahah berjumlah RM20.6 bilion, kedua-duanya untuk wang empat hari.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) kekal pada 3.00 peratus setakat 30 Mei.-BERNAMA

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN