fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil

FOTO FAIL

KUALA LUMPUR, 25 Oktober - Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil pada Jumaat berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional turun kepada RM35.50 bilion daripada RM36.79 bilion pada pagi ini manakala mudah tunai dalam dana Islam naik kepada RM18.12 bilion daripada RM17.38 bilion, sebelumnya.

Pada awal hari ini, BNM menjalankan dua tender repo berbalik dan satu repo berbalik Islam.

Selain itu, bank pusat berkenaan turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4 petang, bank pusat itu menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM35.50 bilion dan tender pasaran wang Murabahah bernilai RM18.10 bilion, kedua-duanya untuk tempoh matang tiga hari.

BNM telah menyemak semula tender semalaman konvensional kepada RM18.1 bilion daripada RM17.9 bilion.

Setakat 24 Oktober, 2024, Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus. - BERNAMA

TETITIA YUSOFF