fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil

BANK NEGARA MALAYSIA

KUALA LUMPUR, 23 Ogos- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil pada Jumaat susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional menyusut kepada RM36.38 bilion daripada RM38.21 bilion pada pagi ini manakala mudah tunai dalam dana Islam menokok kepada RM18.90 bilion daripada RM18.38 bilion.

Terdahulu, bank pusat itu menawarkan masing-masing dua tender repo berbalik dan satu tender repo berbalik Islam.

Pada 4.00 petang, BNM menawarkan satu tender pasaran wang konvensional bernilai RM36.40 bilion dan tender pasaran wang Murabahah bernilai RM18.90 bilion, kedua-duanya bagi wang tiga hari.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.01 peratus setakat 22 Ogos, 2024. -BERNAMA

SITI AISHAH MD ISA