fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 9 Julai- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional menyusut kepada RM38.70 bilion daripada RM40.11 bilion pagi ini manakala kecairan dalam dana Islam meningkat kepada RM21.79 bilion daripada RM21.72 bilion.

Terdahulu, bank pusat itu menjalankan satu tender repo berbalik.

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik serta kemudahan murabahah komoditi bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

Pada pukul 4.00 petang, bank pusat menjalankan tender pasaran wang konvensional bernilai RM38.70 bilion dan tender pasaran wang murabahah bernilai RM21.80 bilion, kedua-duanya untuk wang empat hari.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.0 peratus pada 5 Julai.

Pasaran ditutup pada Isnin, 8 Julai, bersempena cuti ganti Awal Muharam yang jatuh pada Ahad.- BERNAMA

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM