fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 28 Jun- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional turun kepada RM40.73 bilion daripada RM40.89 bilion pagi ini, manakala mudah tunai dalam dana Islam melonjak kepada RM22.69 bilion daripada RM20.63 bilion.

Terdahulu, bank pusat menjalankan dua tender repo berbalik dan satu tender repo berbalik Islam.

BNM juga mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik, serta murabahah komoditi bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4 petang, bank pusat melaksanakan tender pasaran wang konvensional bagi RM40.70 bilion dan tender pasaran wang murabahah untuk RM22.70 bilion, kedua-duanya bagi wang sehari.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.0 peratus setakat 27 Jun.- BERNAMA

ROSLINA BINTI DIN