fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 14 Februari- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional susut kepada RM25.82 bilion daripada RM27.14 bilion pada pagi ini manakala dalam dana Islam meningkat kepada RM21.64 bilion daripada RM21.11 bilion.

Terdahulu, bank pusat menawarkan dua tender pasaran wang konvensional, dua tender repo berbalik dan tender Bil Antara Bank Bank Negara.

Bank pusat itu juga mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM25.80 bilion dan tender pasaran wang Murabahah bernilai RM21.60 bilion, kedua-duanya bagi wang sehari.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus pada 13 Feb, 2024.- BERNAMA

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE