fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 5 Mac - Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional merosot kepada RM39.04 bilion berbanding RM44.78 bilion pada pagi ini manakala mudah tunai dalam dana Islam berkurangan kepada RM19.24 bilion daripada RM21.39 bilion.

Terdahulu hari ini, bank pusat menawarkan satu tender pasaran wang konvensional, dua tender Qard dan dua tender repo berbalik serta satu tender Bil bil Islam Antara Bank Bank Negara.

Pada 4 petang, bank pusat menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM39.0 bilion dan tender pasaran wang Murabahah bernilai RM19.2 bilion, kedua-duanya bagi wang sehari.

Pada 4 Mac, Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 2.99 peratus. - BERNAMA

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI