fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh

KUALA LUMPUR, 28 Februari- Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM42.14 bilion berbanding RM39.20 bilion pagi ini manakala mudah tunai dalam dana Islam berkurangan kepada RM22.15 bilion daripada RM27.96 bilion.

Terdahulu, hari ini, bank pusat menawarkan dua tender pasaran wang konvensional serta dua tender repo berbalik.

BNM menyemak semula tender semalaman konvensional daripada RM40.2 bilion kepada RM42.1 bilion.

Pada 4 petang, bank pusat menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM42.1 bilion dan tender pasaran wang murabahah bernilai RM22.1 bilion, kedua-duanya bagi wang sehari.

Pada 27 Feb, Kadar Semalaman Islam Malaysiae (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus.- BERNAMA

ROSLINA BINTI DIN