fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 21 Mac- Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM27.60 bilion berbanding RM25.22 bilion pada pagi ini manakala mudah tunai dalam dana Islam merosot kepada RM20.32 bilion daripada RM23.15 bilion.

Terdahulu hari ini, bank pusat menawarkan dua tender pasaran wang konvensional, dua tender repo berbalik dan satu tender Qard.

BNM menyemak semula tender semalaman konvensional kepada RM27.60 bilion daripada RM26.2 bilion.

Pada 4 petang, bank pusat menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM27.6 bilion dan tender pasaran wang Murabahah bernilai RM20.3 bilion, kedua-duanya bagi wang sehari.

Setakat 20 Mac, Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus. - BERNAMA

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI