fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek dijangka stabil minggu depan susulan operasi BNM

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 11 Mei- Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Sepanjang minggu ini, BNM melaksanakan operasi setiap hari bagi mengurangkan lebihan dana daripada sistem kewangan dengan melakukan repo berbalik, Bil Antara Bank BNM, repo berbalik Islam dan tender Bil Antara Bank Islam BNM (BNIBI).

Lebihan kecairan dalam sistem konvensional minggu ini meningkat kepada RM31.44 bilion daripada RM29.70 bilion yang dicatatkan pada minggu sebelumnya.

Dalam sistem Islam, lebihan mudah tunai menokok kepada RM18.62 bilion daripada RM16.88 bilion.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus setakat 9 Mei. -BERNAMA

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI