KUALA LUMPUR, 26 Disember- Industri pembuatan dan perkhidmatan perlu mencari peluang untuk menerapkan elemen kelestarian dalam sektor tersebut.
Penasihat Ekonomi, Kementerian Sumber Manusia dan Emiritasi, Emiriah Arab Bersatu, Profesor Madya Dr. Mohd Yusof Saari berkata Malaysia perlu sejajar dengan trend global yang kini memberi fokus kepada pengeluaran karbon yang lebih rendah.
"Sudah masa untuk kita juga mencari ruang bagaimana mengeluarkan produk semaksimum mungkin. Sektor pembuatan lebih lestari dan sektor perkhidmatan itu sendiri. Lebih lestari pada masa depan. Negara ke arah ekonomi hijau," kata Mohd Yusof secara dalam talian semasa menjadi tetamu rancangan Biz Malaysia di sini.
Selain itu, industri tempatan juga perlu mengadaptasi teknologi agar mereka memperoleh manfaat mengembangkan perniagaan, sekali gus meningkatkan keuntungan.