fb fb fb fb fb

Industri aeroangkasa sasar pendapatan RM55 bilion menjelang 2030

Pendapatan industri aeroangkasa negara dijangka meningkat kepada RM55 bilion menjelang 2030 / Foto Hiasan / Bernama

KUALA LUMPUR, 13 Februari – Pendapatan industri aeroangkasa negara dijangka meningkat kepada RM55 bilion menjelang 2030, seiring dengan Pelan Induk Industri Aeroangkasa Malaysia.

Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Hanafi Sakri memaklumkan industri tersebut berkembang pesat, didorong oleh peningkatan trafik penerbangan serta ekosistem lengkap yang dimiliki negara, termasuk tenaga kerja mahir, penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO), serta kemudahan kejuruteraan.

Selain itu, pengambilalihan MASwings oleh kerajaan Sarawak turut membuka lebih banyak peluang dalam sektor aeroangkasa negara.

Ketika ini, jumlah pendapatan industri aeroangkasa Malaysia dianggarkan sekitar RM20 hingga RM21 bilion.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN