fb fb fb fb fb

HSBC jangka pemegang aset tinggi di Malaysia berganda dalam 10 tahun

Majlis Pelancaran HSBC Premier baharu di ibu negara

KUALA LUMPUR, 13 Ogos - HSBC Bank Malaysia menjangkakan bilangan rakyat Malaysia yang memiliki kira-kira RM1.18 juta dalam aset kewangan akan berganda dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Ketua Negara Perbankan Individu dan Kekayaan HSBC, Linda Yip berkata, unjuran itu didorong momentum pertumbuhan ekonomi dan peningkatan penjanaan kekayaan rakyat Malaysia.

"Pertumbuhan kekayaan di Malaysia kini seiring dengan rantau Asia yang lain, dan sedang meningkat dengan pesat.

''Data kami menunjukkan kecairan aset dijangka berkembang 5.4 peratus dalam tempoh empat tahun akan datang, iaitu sehingga 2029," katanya ketika pelancaran HSBC Premier baharu di ibu negara hari ini.

Peningkatan trend itu menuntut keperluan baharu daripada kumpulan pelanggan elit termasuk penyelesaian lebih holistik yang mempercepatkan penjanaan kekayaan selain perlindungan terhadap kesihatan dan gaya hidup mereka.

Menerusi pelancaran HSBC Premier baharu, bank itu menawarkan empat keistimewaan utama merangkumi aspek pengurusan kekayaan, kesihatan, perjalanan dan perbankan antarabangsa.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI