KUALA LUMPUR, 3 September – Harga runcit petrol RON95, RON97 dan diesel dikekalkan bagi tempoh 4 hingga 10 September 2025.
Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini, memaklumkan harga runcit RON97 kekal pada RM3.16 seliter, manakala RON95 pada RM2.05 seliter.
Harga diesel pula kekal RM2.88 seliter di Semenanjung Malaysia, serta RM2.15 seliter di Sabah, Sarawak dan Labuan.
“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” jelas MOF.