KUALA LUMPUR, 7 Oktober- Harga minyak global menyusut sedikit ketika awal dagangan pagi tadi.
Menurut penganalisis, ia mungkin didorong aktiviti pengambilan untung, selepas mencatat kenaikan tertinggi sejak Januari 2023, Jumaat lepas.
Pasaran minyak global mungkin terus menghadapi tekanan ekoran ketegangan geopolitik dan perkembangan semasa di Asia Barat.
Minyak mentah Brent susut kepada 77 dolar amerika setong, selepas lonjakan dalam tempoh lebih setahun.
Manakala West Texas Intermediate didagangkan bawah AS$74 dolar setong.