fb fb fb fb fb

Firefly tawar tambang istimewa ke destinasi serantau baharu

Foto fail

SEPANG, 24 September -Firefly, anak syarikat Malaysia Aviation Group (MAG), menawarkan tambang istimewa untuk destinasi baharu serantau hingga 2 Oktober depan.

Menerusi satu kenyataan Firefly memaklumkan, tambang tersebut bagi perjalanan hingga 31 Ogos 2026 menerusi laman web rasmi Firefly dan aplikasi mudah alih syarikat penerbangan itu.

"Destinasi baharu yang diperkenalkan termasuk Krabi, (Thailand), Siem Reap, (Kemboja) serta Cebu, (Filipina).

"Dengan perkembangan ini, ia membolehkan penumpang antarabangsa dari Australia, New Zealand, United Kingdom, Perancis dan destinasi lain bagi membuat sambungan mudah melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1," menurut kenyataan itu.

Perkhidmatan itu turut merangkumi daftar masuk bagasi terus, hidangan dalam penerbangan serta hospitaliti Malaysia di setiap peringkat perjalanan.

Firefly turut mengumumkan bahawa promosi bulanan akan diteruskan dengan pelbagai tawaran untuk laluan domestik dan serantau, bagi memudahkan perjalanan orang ramai.

TETITIA YUSOFF