KUALA LUMPUR, 17 MEI – Francais Malaysia berjaya meraih potensi jualan eksport bernilai RM77 juta dalam Misi Pembelian Francais Antarabangsa (FIBM) sempena Pameran dan Konvensyen Francais Antarabangsa (FIM 2025).
Pencapaian negara kali ini membuktikan daya saing dan kesiapsiagaan francaisor Malaysia untuk menembusi pasaran global.
Menurut Pengarah Seksyen Perkhidmatan Perniagaan dan Pembinaan, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Jamaliah Jamaludin,kemajuan itu beri ruang lebih luas kepada syarikat Malaysia untuk mengakses pasaran antarabangsa dan mengukuhkan kehadiran mereka di luar negara.
"Bagi menghadapi landskap perdagangan global yang sentiasa berubah, MATRADE terus proaktif meneroka pasaran baharu dan sedang membangun yang menunjukkan potensi pertumbuhan memberangsangkan, jelas beliau dalam satu kenyataan," hari ini.
Kerjasama antara francaisor Malaysia dan francaisi luar negara bukan sahaja merancakkan pertumbuhan ekonomi, malah membuka peluang pekerjaan baharu.
Acara tahunan itu disertai 23 wakil negara dari beberapa negara antaranya Emiriah Arab Bersatu , Hong Kong, Myanmar dan Bangladesh.
##