fb fb fb fb fb

Fed kekalkan kadar faedah, pertumbuhan ekonomi berterusan

Foto AFP

KUALA LUMPUR, 30 Januari- Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) mengekalkan kadar faedahnya dalam julat sasaran 4.25 hingga 4.50 peratus.

Tiada petunjuk jelas diberikan mengenai pelonggaran selanjutnya oleh bank pusat Amerika Syarikat itu.

Pengerusinya, Jerome Powell memberitahu, Fed tidak tergesa-gesa untuk melaksanakan pelarasan dasarnya.

Ia didorong pertumbuhan ekonomi berterusan dan serta kadar pengangguran yang lebih stabil.

Namun, kadar inflasi kekal tinggi.

Fed mengambil pendekatan tunggu dan lihat, sementara menantikan data lanjut mengenai inflasi dan pasaran pekerjaan, selain kejelasan mengenai kesan dasar yang diperkenalkan Presiden, Donald Trump.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM