KUALA LUMPUR, 19 Januari- Anggaran awalan, ekonomi Malaysia meningkat kepada 4.8 peratus pada suku tahun keempat 2024 dipacu oleh sektor ekonomi domestik dan sektor perkhidmatan.
Penganalisis Ekonomi ,Profesor Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berpendapat, sektor tersebut menyumbang kepada aktiviti borong dan runcit , mencerminkan perbelanjaan pengguna dan keupayaan perniagaan terus berkembang.
Kestabilan kedua-dua sektor ini menjadi faktor daya tahan sektor lain, sekaligus memperkukuh momentum pertumbuhan ekonomi secara keseluruhan.
"Begitu juga kuasa beli pengguna juga terus mantap. Seterusnya, adalah subsektor pengangkutan dan logistik menunjukkan berlaku pelbagai gerakan untuk menampung ekonomi itu sendiri dan juga komunikasi dan juga pelaburan kepada pusat data ataupun maklumat," kata Dr. Aimi kepada pemberita, hari ini.
Tambahnya, projek-projek mega melibatkan sektor pembinaan yang diterajui kerajaan bukan sahaja merancakkan sektor itu tetapi juga memberi impak berganda kepada sektor perkhidmatan.
Ia bukan sahaja memacu pembangunan infrastruktur negara tetapi turut menyumbang kepada kemajuan sektor-sektor lain sekali gus meningkatkan daya saing ekonomi Malaysia.