fb fb fb fb fb

Ekonomi Malaysia berada pada landasan kukuh

Ekonomi Malaysia terus catat pertumbuhan memberangsangkan/ Foto RTM

PUTRAJAYA, 14 November - Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 5.2 peratus pada suku ketiga tahun ini, membuktikan ekonomi negara berada pada asas yang kukuh.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil yang juga jurucakap Kerajaan MADANI menyatakan pencapaian berkenaan, menunjukkan ekonomi Malaysia terus mencatat pertumbuhan memberangsangkan.

"Laporan Bank Negara Malaysia, BNM telah menjangkaui berbanding sebelum ini sebanyak 4.8 peratus. Walaupun sebelum ini pernah diumum angka berkenaan, tetapi ia hanya anggaran pada tempoh berkenaan.

"Perdana Menteri juga telah memaklumkan antara sektor yang mencatatkan pertumbuhan KDNK paling tinggi dan paling memberangsangkan adalah sektor perkhidmatan iaitu hampir sembilan peratus dan sektor pembinaan hampir 12 peratus," katanya pada sidang media mingguan.

BNM terdahulu mengumumkan ekonomi Malaysia berkembang 5.2 peratus pada suku ketiga 2025 berbanding 4.4 peratus pada suku kedua.

FAUZIAH ABD RAHMAN