fb fb fb fb fb

China Southern, MAS kongsi kod penerbangan laluan Guangzhou-Pulau Pinang

Jadual penerbangan

KUALA LUMPUR, 10 Julai- China Southern Airlines dan Malaysia Airlines dengan mengumumkan perkongsian kod penerbangan mereka bagi laluan Guangzhou-Pulau Pinang.

Menerusi kenyataan bersama, mereka memberitahu langkah itu susulan pelancaran perkongsian kod penerbangan mereka bagi laluan Guangzhou-Kuala Lumpur pada 6 Julai 2023.

Menerusi perkongsian itu, ia mengukuhkan ketersambungan perjalanan antara kedua-dua negara dan memberikan pilihan kepada pengembara dalam menikmati perjalanan.

Perkongsian kod berkenaan memberi peluang kepada kedua-dua syarikat penerbangan untuk menawarkan ketersambungan dan fleksibiliti bagi penumpang yang melakukan perjalanan untuk perniagaan, percutian dan lain-lain.

China Southern Airlines juga akan terus memanfaatkan kelebihan rangkaiannya untuk meneroka peluang baharu dengan Malaysia Airlines, selain meningkatkan kerjasamanya di pelbagai bidang.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE