KUALA LUMPUR, 17 Mac- Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) 2023 bakal berlangsung September ini di Nanning, China.
Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menyasarkan nilai jualan berjumlah RM500 juta dengan penglibatan 150 syarikat tempatan.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Sharimahton Mat Saleh optimis penglibatan syarikat tempatan mampu membuka peluang yang lebih besar menerusi CAEXPO.
'CAEXPO merupakan program fizikal pertama disertai Malaysia sejak pembukaan semula sempadan China pada 8 Januari lalu," katanya kepada pemberita di sini.
Dalam pada itu, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Liew Chin Tong berharap pengeksport tempatan meneroka pasaran baharu dan mengenal pasti perubahan citarasa masyarakat China.
Pendaftaran ekspo itu dibuka sehingga 16 Jun ini.
(Pendaftaran ekspo itu dibuka sehingga 16 Jun ini)