fb fb fb fb fb

BYD, EV paling laku di Malaysia

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 31 Januari- Sime Darby Beyond Auto (SDBA) mencatat pencapaian cemerlang tahun lalu apabila jenama BYD muncul sebagai peneraju pasaran kenderaan elektrik; EV di Malaysia.

Sebagai pengedar eksklusif jenama tersebut, jelasnya prestasi kukuh itu mencerminkan populariti BYD, seiring minat rakyat tempatan yang bertambah terhadap kenderaan lestari.

Ini turut dibuktikan menerusi 660 tempahan yang diterima bagi model BYD ATTO 3 dan BYD DOLPHIN sempena acara sambutan tahun baharu cina.

BYD ATTO 3 merupakan model pilihan utama, susulan harganya yang menarik, sekali gus menjadikan pemilikan EV lebih mudah.

Berdasarkan permintaan menggalakkan, SBDA turut membuka pratempahan bagi model BYD SEAL.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE