fb fb fb fb fb

Bursa Malaysia dijangka mendatar, cenderung meningkat minggu depan

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 21 September - Bursa Malaysia dijangka mendatar dengan kecenderunan meningkat minggu depan.

Pakar ekonomi berkata, pola sedemikian berpotensi menjadi lebih mampan khususnya terdapat pemangkin baharu.

Indeks berada dalam fasa konsolidasi ketika ini, namun prospek dijangka sederhana kekal positif.

Justeru, FBM KLCI dijangka diniagakan dalam julat 1580 hingga 1620 minggu depan.

Minggu lepas, pasaran ditutup bercampur-campur berikutan aktiviti pengambilan untung.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI