fb fb fb fb fb

Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan aktiviti pengambilan untung

Bursa Malaysia merosot daripada kenaikan selama empat hari berturut-turut untuk dibuka rendah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi terpilih dalam persekitaran sentimen bercampur-campur dalam pasaran serantau / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 13 Mac - Bursa Malaysia merosot daripada kenaikan selama empat hari berturut-turut untuk dibuka rendah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi terpilih dalam persekitaran sentimen bercampur-campur dalam pasaran serantau, kata peniaga.

Pada 9.44 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 11.51 mata kepada 1,543.05 daripada 1,554.56 pada Selasa.

Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 11.05 mata kepada 1,543.51.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 293 berbanding 292 manakala 395 kaunter tidak berubah, 1,334 tidak diniagakan dan 12 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 986.11 juta unit bernilai RM341.46 juta.

Menurut Malacca Securities, dengan peningkatan semula yang positif di Wall Street semalaman, minat belian dijangka meluas ke pasaran tempatan hari ini.

“FBM KLCI ditutup lebih positif melebihi paras 1,550 (pada Selasa) selepas kenaikan selama empat hari berturut-turut dengan bantuan saham wajaran tinggi utiliti seperti Tenaga Nasional.

“Sementara itu, pasaran saham Amerika Syarikat (AS) ditutup lebih positif dengan S&P 500 mencapai rekod tertinggi walaupun data Indeks Harga Pengguna (IHP) teras melebihi jangkaan.

“Bagaimanapun, pasaran mungkin menjangka bulan Jun untuk Rizab Persekutuan mengurangkan kadar faedah,” katanya dalam nota penyelidikan.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan Public Bank, masing-masing meningkat 2.0 sen kepada RM9.54 dan RM4.23, CIMB naik 4.0 sen kepada RM6.76 manakala Tenaga Nasional tidak berubah pada RM11.48 dan Petronas Chemicals merosot 4.0 sen kepada RM6.88.

Bagi saham aktif, Hong Seng dan Classita, masing-masing naik setengah sen kepada 2.0 sen dan 5.0 sen, Pan Malaysia menambah 4.5 sen kepada 27 sen dan Microlink meningkat 4.0 sen kepada 41 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 57.36 mata kepada 11,454.08, Indeks FBMT 100 berkurangan 60.95 mata kepada 11,120.74, Indeks FBM ACE naik 3.68 mata kepada 4,725.69, Indeks FBM Emas Shariah susut 21.56 mata kepada 11,509.83 dan Indeks FBM 70 meningkat 5.78 mata kepada 15,488.67.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 193.22 mata kepada 17,249.80, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan susut 0.28 mata kepada 175.71, Indeks Tenaga naik 2.74 mata kepada 899.78 dan Indeks Perladangan merosot 31.09 mata kepada 7,325.51.-BERNAMA

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN