fb fb fb fb fb

Bursa Malaysia dibuka rendah

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 22 September- Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini seiring dengan prestasi lemah di Wall Street ketika para peniaga menilai ulasan lebih banyak kenaikan kadar menjelang suku akhir 2023 oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS), kata seorang penganalisis.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 3.11 mata kepada 1,445.10 daripada paras penutup 1,448.21.

Indeks utama itu dibuka rendah turun 2.33 mata kepada 1,445.88.

Suasana pasaran negatif, dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 200 berbanding 83, manakala 238 kaunter tidak berubah, 1,870 tidak diniagakan dan 49 digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 142.17 juta unit bernilai RM58.36 juta.

Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Dow Jones Industrial (DJI) Average jatuh 370 mata apabila Wall Street terus mencatatkan penurunan manakala Nasdaq susut sebanyak 245 mata.

Sementara itu, hasil AS 10 tahun melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh 15 tahun pada 4.49 peratus.

“Di pasaran tempatan, selepas mencatatkan pembukaan dagangan yang kukuh pada Rabu, FBM KLCI ditutup rendah di bawah paras 1,450 apabila sentimen bertukar menjadi berhati-hati sejajar dengan penjualan besar-besaran ekuiti di pasaran serantau.

“Walapun bursa tempatan mungkin memasuki fasa penstabilan, kami kekal optimis aktiviti membeli saham berharga rendah akan muncul kerana dana asing terus memasuki ke rantau ini,” katanya kepada Bernama.

Oleh itu, Thong mengunjur indeks tersebut berada dalam jajaran 1,445 hingga 1,455 hari ini.

Dalam kalangan kaunter wajaran tinggi, Maybank turun tiga sen kepada RM8.87, Public Bank susut dua two sen kepada RM4.19, Petronas Chemicals berkurangan lima sen kepada kepada RM7.26, TNB naik empat sen kepada RM10.10 dan CIMB tidak berubah pada RM5.59.

Dalam kalangan kaunter cergas, KNM Group naik setengah sen kepada 12.5 sen, Eastern & Oriental meningkat 1.5 sen kepada 66.5 sen, Borneo Oil jatuh setengah sen kepada satu sen manakala kedua-dua Tanco Holdings dan Bumi Armada tidak berubah masing-masing pada 55.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 22.88 mata kepada 10,703.76, Indeks FBMT 100 susut 22.58 mata kepada 10,369.43, Indeks FBM Emas Shariah susut 26.40 mata kepada 10,946.07, Indeks FBM 70 menguncup 32.34 mata kepada 14,255.22 dan FBM ACE jatuh 5.14 mata kepada 5,209.00.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 28.80 mata kepada 16,199.17, Indeks Perladangan turun 19.56 mata kepada 6,905.54, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.75 mata kepada 173.66 dan Indeks Tenaga jatuh 0.50 mata kepada 891.39.- BERNAMA


(FOTO HIASAN)

Media Baharu