fb fb fb fb fb

Bursa Malaysia bercampur-campur pada sesi tengah hari

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 6 Oktober- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini dengan bercampur-campur berikutan aktiviti pengambilan untung membabitkan saham produk dan perkhidmatan pengguna yang menjejaskan peningkatan awal, kata peniaga.

Pada waktu rehat tengah hari, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 2.38 mata kepada 1,417.98 daripada 1,415.60, semalam.

Indeks penanda aras itu yang dibuka susut 0.31 mata kepada 1,415.29, turut bergerak dalam jajaran 1,415.28 dan 1,419.96 sepanjang sesi awal.

Bagaimanapun, sentimen pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 368 berbanding 347 manakala 429 kaunter tidak berubah, sebanyak 1,172 tidak diniagakan dan 15 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 1.50 bilion unit bernilai RM969.38 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata beliau menjangkakan aktiviti pembelian akan menyusul selepas mendatar selama seminggu.

Berikutan itu, katanya, indeks itu mungkin bergerak dalam jajaran 1,410 hingga 1,420.

Saham wajaran tinggi menyaksikan CelcomDigi naik lapan sen kepada RM4.31, Press Metal dan Westports menokok enam sen kepada RM4.72 dan RM3.24 manakala Sime Darby Plantation menambah empat sen kepada RM4.31 dan Maybank tidak berubah pada RM8.76.

Bagi saham aktif, Econpile meningkat 3.5 sen to 35 sen, Sarawak Consolidated dan Widad masing-masing menambah setengah sen kepada 50 sen dan 53 sen, KNM tidak berubah pada 17.5 sen manakala Evergreen Max Cash susut dua sen kepada 43 sen.

Di papan indeks menyaksikan Indeks FBM Emas meraih 14.54 mata kepada 10,508.33 dan Indeks FBMT 100 meningkat 13.91 mata kepada 10,176.20.

Indeks FBM Emas Syariah menambah 24.04 mata kepada 10,804.28, Indeks FBM ACE melonjak 36.19 mata kepada 5,147.83 dan Indeks FBM 70 naik 5.42 mata kepada 13,995.49.

Prestasi sektor menyaksikan Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 7.01 mata kepada 15,870.68, Indeks Produk Perindustrian menambah 0.56 mata pada 170.47 dan Indeks Perladangan meraih 20.67 mata kepada 6,858.28.

Indeks Tenaga turut meningkat 0.86 mata kepada 850.13 namun Indeks Produk dan Perkhidmatan Pengguna turun 0.14 mata kepada 549.85.-BERNAMA


(FOTO HIASAN)

Media Baharu