fb fb fb fb fb

Bursa Malaysia akhiri penurunan 3 hari, ditutup pada paras tertinggi harian

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 19 Januari- Bursa Malaysia mengakhiri penurunan selama tiga hari berturut-turut untuk ditutup di paras tertinggi harian pada Jumaat, didorong pembelian semasa harga murah dalam saham wajaran tinggi terpilih, didahului sektor perkhidmatan kewangan dan utiliti.

Peniaga berkata prestasi itu seiring dengan beberapa pasaran utama Asia yang meningkat semula hari ini, selain mengambil petunjuk daripada prestasi kukuh saham AS, dirangsang keyakinan terhadap kecerdasan buatan (AI) yang mendorong kenaikan saham pembuat cip dan mencerahkan prospek pendapatan bagi saham teknologi.

Pada 5.00 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 7.19 mata kepada 1,486.37 daripada 1,479.18 ketika ditutup pada Khamis.

Indeks barometer itu dibuka satu mata lebih tinggi kepada 1,480.18 dan bergerak serendah 1,477.05 pada sesi pagi.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 639 berbanding 359, manakala 423 kaunter tidak berubah, 844 tidak diniagakan dan 16 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 5.39 bilion unit bernilai RM2.73 bilion daripada 6.10 bilion unit bernilai RM3.62 bilion pada Khamis.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti, Rakuten Trade, Thong Pak Leng berkata keyakinan terhadap penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) muncul semula selepas data menunjukkan pembuatan di wilayah Timur AS menguncup lebih daripada unjuran ahli ekonomi.

Beliau berkata ahli ekonomi juga menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada tiga peratus sekurang-kurangnya sehingga akhir 2025.

“Kami percaya ini akan menyuntik keyakinan dalam ekonomi yang bertambah baik, memberikan kestabilan yang lebih ketara dari segi pendapatan korporat, seterusnya ini akan meningkatkan asas pasaran tempatan.

“Kami berpandangan minat terhadap ekuiti Malaysia akan kekal kukuh, memandangkan jumlah dagangan harian yang memberangsangkan, walau bagaimanapun, pelabur masih berhati-hati berikutan turun naik semakin ketara dalam pasaran global,” katanya kepada Bernama.

Di peringkat rantau, Nikkei 225 Jepun meningkat 1.40 peratus kepada 35,963.27, Kospi Korea Selatan melonjak 1.34 peratus kepada 2,472.74 dan Indeks Straits Times Singapura menambah 0.40 peratus kepada 3,152.29.

Indeks Hang Seng Hong Kong susut 0.54 peratus kepada 15,308.69 manakala Indeks Komposit Bursa Saham Shanghai kurang 0.47 peratus kepada 2,832.28.

Di peringkat tempatan, daripada saham wajaran tinggi, Maybank menambah satu sen kepada RM9.03, Public Bank naik empat sen kepada RM4.35, CIMB meningkat tujuh sen kepada RM6.01, Tenaga Nasional melonjak lapan sen kepada RM10.44 dan Petronas Chemicals menokok dua sen kepada RM6.78.

Antara saham aktif, Widad merosot lapan sen kepada 11 sen, Sarawak Consolidated susut 24.5 sen kepada 29 sen, Sapura Energy turun setengah sen kepada 4.5 sen, Tanco kurang 14.5 sen kepada 36.5 sen, manakala Artroniq naik 5.5 sen kepada 28.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 61.05 mata kepada 11,065.16, Indeks FBM 70 melonjak 120.87 mata kepada 15,041.39, Indeks FBMT 100 menambah 60.65 mata kepada 10,734.29, Indeks FBM Emas Syariah meningkat 59.41 mata kepada 11,170.67 dan Indeks FBM ACE naik 4.21 mata kepada 4,790.15.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 66.57 mata kepada 16,613.52, Indeks Hartanah naik 11.24 mata kepada 890.97, Indeks Perladangan meningkat 38.54 mata kepada 7,163.09, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 0.52 mata kepada 172.92 dan Indeks Tenaga meningkat 3.28 mata kepada 843.32.

Jumlah dagangan Pasaran Utama berkurangan kepada 3.28 bilion unit bernilai RM2.40 bilion daripada 3.68 bilion unit bernilai RM3.14 bilion pada Khamis.

Jumlah dagangan waran sebanyak 530.55 juta unit bernilai RM65.93 juta berbanding 715.58 juta unit bernilai RM103.70 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran ACE meningkat kepada 1.56 bilion saham bernilai RM261.65 juta berbanding 1.68 juta saham bernilai RM366.14 juta pada Khamis.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 334.35 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama; produk dan perkhidmatan perindustrian (1.37 bilion); pembinaan (144.51 juta); teknologi (263.46 juta); SPAC (sifar); perkhidmatan kewangan (77.80 juta); hartanah (419.91 juta); perladangan (39.95 juta); REIT (8.75 juta); dana tertutup (28,600); tenaga (350.39 juta); penjagaan kesihatan (74.93 juta); telekomunikasi dan media (43.55 juta); pengangkutan dan logistik (43.13 juta); serta utiliti (107.38 juta).- BERNAMA

ROSLINA BINTI DIN