fb fb fb fb fb

BNM tambah empat entiti baharu dalam Senarai Amaran Pengguna Kewangan

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 28 Januari- Bank Negara Malaysia menambah empat entiti baharu dalam Senarai Amaran Pengguna Kewangan (FCA) di laman webnya.

Selain itu, bank pusat turut mengemas kini maklumat berkaitan SKIM Pelaburan SMMG dan OctaFX.

Empat syarikat terbabit ialah Opai FX, Aneka Construction Trading, Al Ihsan Robo Capital dan Al Ihsan.

Senarai FCA terdiri daripada syarikat dan laman web yang tidak dibenarkan atau diluluskan bawah undang-undang dan peraturan ditadbir oleh BNM.

Senarai ini akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

Untuk maklumat lanjut, layari bnm.gov.my/fca .

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE