fb fb fb fb fb

Batik Air lancar penerbangan Subang-Kota Kinabalu

Batik Air memulakan penerbangan sulungnya dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu / Foto Hiasan / Bernama

SUBANG, 18 Januari – Batik Air memulakan penerbangan sulungnya dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, pada Jumaat.

Perkhidmatan harian itu menjadi destinasi ketiga syarikat penerbangan tersebut dari Subang, selepas kejayaan laluan ke Pulau Pinang dan Kota Bharu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Batik Air, Datuk Chandran Rama Muthy, pelancaran laluan baharu tersebut mencerminkan komitmen berterusan syarikat untuk memperluas rangkaian perkhidmatannya.

“Laluan ini bukan sahaja memberikan pilihan perjalanan lebih luas kepada penumpang, tetapi juga menyokong inisiatif Tahun Melawat Selangor 2025, sekali gus merangsang sektor pelancongan negeri,” katanya.

Selain laluan Subang-Kota Kinabalu, Batik Air turut melancarkan penerbangan terus antara Kota Kinabalu dan Tawau, menyediakan lebih banyak pilihan perjalanan kepada penduduk Sabah dan pelancong yang ingin meneroka destinasi di negeri itu.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN