fb fb fb fb fb

Bank Islam unjur KDNK sekitar 3.2%, suku ketiga 2023

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 12 November- Bank Islam mengunjurkan Kadar Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk suku tahun ketiga tahun ini pada sekitar 3.2%, disokong permintaan domestik.

Menerusi nota penyelidikan, bank tersebut menyebut, peningkatan guna tenaga buruh yang tinggi pada 70% juga menyumbang kepada pertumbuhan produktiviti.

Inflasi yang mereda bagaimanapun, perbelanjaan pengguna kekal sederhana disebabkan ringgit yang melemah, yang turut diterjemah menerusi deposit simpanan individu yang menurun 5.9%.

Pada suku dikaji juga, permintaan luaran sedikit perlahan dengan eksport turun 15.2% berbanding suku sebelumnya.

Situasi itu didorong ekonomi global yang rapuh berikutan persekitaran kadar faedah global yang tinggi, faktor geopolitik, selain isu hartanah di China.

Penganalisis juga menjangkakan KDNK suku tahun keempat 2023 akan menguncup kepada sekitar 2.0%, didorong kadar faedah tinggi kebanyakan bank pusat, selain jumlah eksport yang menurun.

Justeru, Bank Islam mengunjurkan KDNK untuk keseluruhan tahun 2023 pada 3.7%, lebih rendah berbanding unjuran rasmi 4.0%.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM