KUALA LUMPUR, 31 Mei- Axiata Group Bhd bakal melancarkan bank digitalnya, Boost Bank, 6 Jun ini.
Pengenalannya akan menjadikan Boost Bank sebagai bank digital ketiga beroperasi di negara ini, selepas GXBank dan AEON Bank.
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan, Vivek Sood pada sidang media mesyuarat agung tahunan ke-32 Axiata berkata, bank digital itu akan memanfaatkan platform e-dompet Boost, bagi memastikan perkhidmatan perbankan lebih lancar.
Jelasnya, ciri lain yang membezakan Boost Bank dengan dua lagi bank digital yang telah beroperasi, akan diketahui pada pelancarannya nanti.
Boost Holdings Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat Axiata Digital Services Sdn Bhd dan Great Eastern Digital Pvt Ltd, memiliki pegangan 60 peratus dalam bank tersebut.
Manakala, RHB Bank memiliki 40 peratus kepentingan.