fb fb fb fb fb

ASM 2 Wawasan umum agihan pendapatan 4.75 sen seunit

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 30 Ogos- Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) umum agihan pendapatan sebanyak 4.75 sen bagi dana ASM 2 Wawasan.

Ia bakal memanfaatkan 939,200 pemegang unit, dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM1.13 bilion.

Pengagihan akan dilaburkan semula secara automatik ke dalam akaun pemegang unit pada 1 September ini.

Setakat 26 Ogos lalu, dana ASM 2 Wawasan memperoleh jumlah pendapatan kasar sebanyak RM1.54 bilion dengan pendapatan bersih terealisasi RM1.27 bilion.

Pendapatan bagi dana itu diperoleh daripada keuntungan modal, pendapatan dividen serta pendapatan-pendapatan lain daripada pelaburan domestik dan antarabangsa.

Ekuiti kekal penyumbang utama dengan pelaburan antarabangsa dan domestik masing-masing menyumbang 48 peratus dan 40.6 peratus kepada pendapatan kasar dana.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE