fb fb fb fb fb

ALR, PayNet lancar Kempen Sentuhan Ikhlas bantu keluarga B40

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ALR, Sazally Saidi / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 24 September – Amanat Lebuhraya Rakyat (ALR) dan Payments Network Malaysia (PayNet) bekerjasama melalui Kempen Sentuhan Ikhlas untuk membantu keluarga dalam kategori B40.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ALR, Sazally Saidi berkata pengguna Lebuhraya KESAS, LDP, SMART, dan SPRINT kini boleh membuat sumbangan dengan mudah melalui 152 lorong tol MyDebit sebagai usaha meringankan beban golongan yang memerlukan.

"Ini adalah inisiatif perintis kami bersama PayNet. Matlamat kami adalah untuk mencapai lima juta sumbangan ikhlas dalam tempoh dua bulan," katanya.

Kempen tersebut menyasarkan untuk mengumpul RM500,000 yang akan disalurkan kepada Yayasan MyKasih.

Dana tersebut akan diagihkan secara berperingkat kepada 1,000 keluarga terpilih setelah mencapai nilai transaksi yang ditetapkan.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN