fb fb fb fb fb

AirAsia lantik Kapt Chester Voo, Farouk Kamal sebagai timbalan CEO

Datuk Kapten Chester Voo (KIRI) dan Farouk Kamal dilantik sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Korporat) AirAsia

KUALA LUMPUR, 8 Januari- Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia mengumumkan pelantikan dua timbalan ketua pegawai eksekutif kumpulan yang baharu, hari ini.

Datuk Kapten Chester Voo dilantik sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Operasi Penerbangan) manakala Farouk Kamal sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Korporat). 

Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, Tan Sri Tony Fernandes berkata kedua-dua eksekutif ini akan memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan kumpulan syarikat penerbangan itu.

Datuk Kapten Chester Voo yang mempunyai pengalaman lebih 11 tahun dalam industri penerbangan akan memimpin operasi penerbangan dengan memberi fokus dalam mengoptimumkan kecekapan fungsi utama syarikat penerbangan itu.

Manakala, Farouk Kamal yang pernah berkhidmat dalam Perbankan Pelaburan di Deutsche Bank akan bertanggungjawab dalam perkhidmatan kewangan, pajakan pesawat dan hubungan pelabur dan strategi.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE