KUALA LUMPUR, 22 November - AEON Co. (M) Bhd mencatatkan Keuntungan Selepas Cukai (PAT) sebanyak RM18.8 juta untuk suku ketiga tahun kewangan 2024.
Menerusi kenyataan, syarikat itu berkata ia meningkat 36.2% daripada RM13.8 juta yang direkodkan dalam tempoh sama tahun lalu.
Dalam segmen perniagaan runcit, AEON merekodkan hasil sebanyak RM822.1 juta, iaitu pertumbuhan sebanyak 4.1% berbanding RM789.9 juta pada suku yang sama tahun lalu.
Peningkatan ini didorong oleh perbelanjaan pengguna yang lebih tinggi, terutamanya dalam kategori makanan.
Segmen pengurusan hartanah AEON mencatat prestasi cemerlang dengan peningkatan hasil berbanding tempoh sama tahun lalu.
Prestasi ini disokong oleh kadar penghunian yang lebih tinggi, penyewaan strategik yang diperbaharui, serta kejayaan projek pemulihan pusat beli-belah dan penambahbaikan premis.
Melangkah ke hadapan, AEON kekal komited terhadap amalan Alam Sekitar, Sosial, dan Tadbir Urus (ESG) bagi melindungi serta meningkatkan nilai perniagaan.