fb fb fb fb fb

Wisma Putra kutuk sekerasnya serangan di Arab Saudi

KUALA LUMPUR, 18 Mac- Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan dron oleh Houthi yang menyasarkan kawasan dan kemudahan awam, termasuk ke atas lapangan terbang dan kilang penapisan minyak di Arab Saudi, baharu-baharu ini.

Menterian Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, negara bersimpati dengan mereka yang terjejas dalam serangan yang mengakibatkan kecederaan dan kemusnahan harta benda.

"Malaysia menolak semua bentuk keganasan dan menyeru masyarakat antarabangsa untuk memperhebat usaha menamatkan permusuhan yang boleh menjejaskan keamanan serta kestabilan di rantau ini,

(Kemudahan Aramco di Arab Saudi. -Foto AFP)

"Malaysia juga mengulangi sokongan untuk penyelesaian konflik di Yaman secara inklusif serta aman menerusi dialog dan rundingan," jelasnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Selain itu, Malaysia turut menyokong usaha Utusan Khas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) untuk Yaman yang bertujuan mencari penyelesaian secara damai dan aman bagi konflik di Yaman.


Media Baharu