NEW DELHI, 14 Oktober- Tiga penerbangan antarabangsa dari lapangan terbang Mumbai, India menerima ancaman bom pada Isnin.
Justeru, sebuah pesawat yang menuju ke New York dilencongkan ke New Delhi sebagai langkah keselamatan.
Penerbangan Air India AI119 menerima "amaran keselamatan khusus," menyebabkan ia dilencongkan ke Delhi."
"Semua penumpang diminta meninggalkan pesawat Boeing 777," menurut laporan media tempatan memetik kenyataan jurucakap syarikat penerbangan tersebut.
Sementara itu, satu penerbangan ke Muscat dan satu lagi ke Jeddah, yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan IndiGo turut menerima ancaman sama.
Kedua-dua pesawat dialihkan ke kawasan terpencil di Mumbai untuk pemeriksaan keselamatan.- BERNAMA