fb fb fb fb fb

Tiada keperluan melaksanakan vaksinasi besar-besaran bagi wabak cacar monyet - WHO

(FOTO REUTERS)

LONDON, 24 Mei - Tiada keperluan melaksanakan vaksinasi besar-besaran bagi wabak cacar monyet.

Itu pandangan Ketua Pasukan Patogen Ancaman Berbahaya, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Richard Pebody.

Sebaliknya beliau berkata, langkah seperti menjaga kebersihan dan tingkah laku seksual selamat, membantu mengawal penularan. Selain pengesanan kontak rapat dan menjalani kuarantin.

Katanya lagi, bekalan segera vaksin dan antivirus juga agak terhad.

(FOTO REUTERS)

Kenyataan Pebody itu dibuat ketika Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat memaklumkan, sedang dalam proses mengeluarkan dos vaksin Jynneos untuk kes cacar monyet.

Pihak berkuasa kesihatan awam di Eropah dan Amerika Utara sedang menyiasat lebih 100 kes yang disyaki dan disahkan jangkitan virus dalam wabak virus terburuk di luar Afrika, yang mana ia adalah endemik.

Sehingga kini umum tidak jelas faktor yang mendorong wabak itu, dengan saintis cuba memahami asal usul kes dan sama ada apa-apa mengenai virus itu telah berubah.-REUTERS

Media Baharu