fb fb fb fb fb

Thailand lancar alat semburan hidung anti-COVID-19 suku ketiga tahun ini

BANGKOK, 7 Mac- Thailand lancar alat semburan hidung sebagai langkah pencegahan COVID-19 pada suku ketiga tahun ini.

Menurut Timbalan jurucakap Kementerian Luar, Natapanu Nopakun berkata alat itu dibangunkan hasil kerjasama Universiti Chulalongkorn, Universiti Silpakorn, Institut Penyelidikan Sistem Kesihatan (HSRI), Pertubuhan Farmaseutikal Kerajaan (GPO) dan sebuah syarikat biosains swasta.

Usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) alat itu sudah bermula sejak pandemik melanda dua tahun lepas dengan dibiayai sektor perniagaan dan HSRI yang dikendalikan kerajaan.

Prototaip antibodi untuk alat itu sudah pun diperoleh dan seterusnya akan dipatenkan.

“Kini, teknologi itu telah dipindahkan ke sektor swasta. Penyelidikan klinikal telah dijalankan untuk memenuhi piawaian yang diperlukan untuk pendaftaran dengan Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) negara pada Jun.

“Alat itu dijangka tersedia untuk dijual pada suku ketiga tahun ini,” katanya pada taklimat harian COVID-19 di sini hari ini.

Perjanjian kerjasama telah dimeterai untuk mengeluarkan alat semburan hidung anti-COVID-19 dan ia tertakluk untuk penyelidikan global, jelas Natapanu.


(FOTO AFP)

Minggu lepas, timbalan jurucakap kerajaan Rachada Dhnadirek berkata lebih 20 vaksin COVID-19 sudah pun dikaji dan dibangunkan oleh agensi negeri, universiti dan syarikat sejak pandemik bermula.

"Empat vaksin COVID-19 yang dibangunkan secara tempatan dan alat semburan hidung akan didaftarkan dengan FDA Thailand tidak lama lagi," katanya.- BERNAMA

Media Baharu