fb fb fb fb fb

Terkini: Angka kematian gempa di Jepun cecah lebih 200 orang

Sukarelawan merobohkan sebuah rumah yang sebahagiannya runtuh kerana pemiliknya bimbang akan mencederakan orang yang lalu lalang di kawasan itu yang terletak di bandar Suzu, wilayah Ishikawa/FOTO AFP

TOKYO, 10 Januari - Angka kematian akibat gempa bumi kuat di Jepun mencecah 200 orang dengan 100 orang lagi masih hilang, kata pihak berkuasa.

Gempa bumi berukuran 7.5 magnitud pada 1 Januari lalu itu memusnahkan banyak bangunan serta menyebabkan kebakaran dan merosakkan infrastruktur di Semenanjung Noto di pulau utama Jepun, Honshu ketika ramai keluarga sedang menyambut Tahun Baharu.

Lapan hari kemudian, ribuan penyelamat dari seluruh Jepun bergelut dengan kesan gempa selepas jalan raya mengalami kerosakkan serta berdepan cuaca buruk dalam usaha mencari mangsa yang masih terperangkap hampir 3,500 orang.

Ini disusuli pula dengan membersihkan bangkai pesawat dalam kejadian pelanggaran kapal terbang antara pesawat Japan Airlines dan pesawat Pengawal Pantai Jepun yang cuba menghantar bantuan untuk kawasan yang dilanda gempa bumi di Wilayah Niigata.

Pihak berkuasa Jepun berkata lebih daripada 1,200 gempa susulan telah menggegarkan kawasan itu pada petang Isnin.

Kemudian pada Selasa gempa bumi kuat magnitud 6.0 melanda pantai di Laut Jepun.

Sementara itu, Kajian Geologi Amerika Syarikat memberi amaran gempa dengan kekuatan 5.6 magnitud.

Pihak berkuasa wilayah Ishikawa berkata, seramai 202 orang disahkan mati dalam bencana itu sekali gus menunjukkan peningkatan berbanding 180 pada hari sebelumnya.

Ini termasuk 102 tidak dapat dikesan, berbanding 120 orang sebelum ini.

Pada Isnin, berdasarkan data yang telah dikemas kini merekodkan jumlah orang hilang semakin meningkat kepada 323 orang di kawasan Wajima yang terjejas teruk. - AFP

 

GRACE AISYAH KEDAYAN