fb fb fb fb fb

Tentera Israel tembak mati dua remaja Palestin

Kem pelarian Aqabat Jaber / REUTERS

BAITULMAQDIS, 3 Jun- Dua remaja Palestin maut ditembak askar pengecut Israel di Tebing Barat yang diduduki, kata kementerian kesihatan Palestin pada Ahad.

Tentera Israel bagaimanapun tidak mengesahkan kematian itu sebaliknya berkata dua remaja terbabit terdahulu melemparkan bahan letupan ke arah masyarakat tempatan, membahayakan orang awam, dan tentera bertindak balas dengan tembakan.

“Tembakan telah dikenal pasti,” kata tentera dalam satu kenyataan.

Kementerian Kesihatan Palestin berkata dua remaja masing-masing berusia 16 dan 17 tahun terbunuh di barat kem pelarian Aqabat Jaber, berhampiran bandar Jericho, Tebing Barat.

Sementara itu, Media Palestin berkata pasukan perubatan telah dihalang daripada mencapai salah seorang yang cedera dan seorang lagi meninggal dunia akibat kecederaannya pada Ahad di sebuah hospital di Baitulmaqdis. Seorang remaja ditembak di kepala dan seorang lagi di dadanya.

Tebing Barat telah menyaksikan lonjakan keganasan sejak permulaan perang di Gaza tahun lepas, dan tindakan keras oleh pasukan keselamatan Israel yang telah menyebabkan ribuan tangkapan dan pembunuhan nyawa yang tidak berdosa.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE