fb fb fb fb fb

Tentera Israel kembali serbu timur Khan Younis

Penduduk Palestin memeriksa bangunan kediaman yang musnah, selepas tentera Israel mengundurkan sebahagian besar tentera dari selatan Gaza/REUTERS

KHAN YOUNIS, 22 April- Tentera Israel kembali menyerbu ke bahagian timur Khan Younis, kata penduduk pada Isnin. Penduduk terpaksa melarikan diri sekali lagi apabila mereka cuba untuk kembali ke selatan Gaza.

Sementara itu tempat lain di Khan Younis, lebih banyak mayat ditemukan pihak berkuasa Palestin. Ia seakan kubur kubur besar di tapak hospital utama bandar itu yang ditinggalkan oleh tentera Israel.

Israel turut melakukan serangan udara di Rafah yang menjadi lokasi perlindungan terakhir kira-kira 2.3 juta penduduk yang mencari perlindungan.

Bagaimanapun penduduk mula pulang ke kawasan yang sebelum ini tidak boleh diakses namun mendapati kawasan perumahan itu telah menjadi runtuhan.

"Pagi ini banyak keluarga meninggalkan kawasan ini sejak dua minggu lalu untuk pulang ke Abassan.

"Mereka terlalu takut," kata Ahmed Rezik, 42, yang berada di sebuah sekolah tempat dia berlindung di bahagian barat Khan Younis kepada Reuters.

"Mereka berkata kereta kebal mula memasuki kawasan timur bandar dan mereka terpaksa lari menyelamatkan diri," katanya kepada Reuters.

Menurut pihak berkuasa kesihatan Gaza, lebih 34,000 penduduk disahkan terbunuh dengan ribuan lagi mayat dikhuatiri hilang dalam runtuhan.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI