fb fb fb fb fb

Tembakan di Pont Neuf, dua terbunuh

PARIS, 25 April - Dua terbunuh selepas polis Perancis melepaskan tembakan ke arah sebuah kereta yang cuba merempuh pihak berkuasa.

Kejadian berlaku beberapa jam selepas Presiden Perancis, Emmanuel Macron memenangi pemilihan semula menewaskan pencabarnya Marine Le Pen.

Menurut pihak polis, kenderaan itu dipandu melawan arus di Pont Neuf dan memecut ke arah pegawai keselamatan sebelum Polis melepaskan tembakan.

(FOTO AFP)

Dilaporkan, dua daripada penumpang kenderaan itu terbunuh dan seorang lagi cedera.

Ketika ini siasatan masih dijalankan oleh pihak polis bagi mengetahui punca pemandu berkenaan bertindak sedemikian.

Tembakan dilepaskan oleh anggota polis bagi mempertahankan diri.- AFP

Media Baharu