fb fb fb fb fb

Taufan Yagi: Seorang terkorban di Vietnam

Foto AFP

HAI PHONG, 7 September- Taufan Yagi yang melanda Vietnam telah menyebabkan sekurang-kurangnya seorang terkorban hari ini.

Ia turut menyebabkan banyak pokok-pokok tumbang dan menghayutkan bot serta kapal ke lautan.

Menurut Pusat Ramalan Hidrometeorologi Kebangsaan, taufan itu melanda wilayah Hai Phong dan Quang Ninh dengan kelajuan angin melebihi 149 kilometer sejam.

"Di Hai Phong, bumbung dan papan tanda jalan diterbangkan angin ketika taufan tersebut melanda.

"Di Hai Duong pula, seorang lelaki maut di jalanan selepas ditimpa pokok tumbang," menurut kenyataan itu.

Penduduk tempatan, Tran Thi Hoa berkata bunyi angin dan hujan akibat taufan itu sangat luar biasa.

"Sudah bertahun-tahun saya tidak menyaksikan taufan sekuat ini. Ia sangat menakutkan. Saya hanya tinggal di dalam rumah selepas mengunci semua tingkap," katanya kepada AFP.

Terdahulu, dua orang terkorban di Hainan akibat taufan tersebut. - AFP

BERITA BERKAITAN: 

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM