fb fb fb fb fb

Taufan Krathon, angka korban meningkat kepada empat

Foto AFP

TAIPEI, 5 Oktober- Dua lagi mayat ditemukan pada Sabtu akibat taufan Krathon yang melanda Taiwan sekali gus menggandakan angka kematian kepada empat orang, menurut bomba.

Negara pulau itu kini dilanda angin kencang dan hujan lebat secara berterusan, menyebabkan kira-kira 20,000 rumah terputus bekalan elektrik.

Kebanyakan kawasan terjejas adalah di bandar pelabuhan selatan Kaohsiung, yang tenggelam berikutan lokasi pendaratan taufan berkenaan.

Krathon yang membawa lumpur, banjir dan ribut kuat, turut mencederakan 700 mangsa yang lain.

"Hujan lebat mencetuskan tanah runtuh di beberapa daerah di New Taipei dan membanjiri jalan-jalan, menyebabkan berpuluh-puluh pelajar terkandas buat sementara waktu di sekolah mereka," kata pegawai.

Kementerian pertahanan berkata kira-kira 250 askar dihantar pada Jumaat ke bandar dan Keelung berdekatan, untuk membantu membersihkan jalan dan mengalirkan air banjir.

"Di Kaohsiung dan negara jiran Pingtung, kira-kira 1,500 askar dikerahkan untuk hari kedua untuk membantu kerja-kerja bantuan taufan," menurut kementerian pertahanan.

Taiwan selalu berdepan bencana ribut tropika dari Julai hingga Oktober.

Namun, saintis telah memberi amaran perubahan iklim meningkatkan lagi kekerapannya, membawa kepada hujan lebat, banjir kilat dan tiupan kuat.

Pada Julai, Gaemi menjadi taufan terkuat yang mendarat di Taiwan dalam tempoh lapan tahun, membunuh sekurang-kurangnya 10 orang serta mencederakan ratusan mangsa selain mencetuskan banjir yang di Kaohsiung.- AFP

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM