fb fb fb fb fb

Taufan Gaemi: 30 orang terkorban di China

Foto Fail

CHANGSHA, 1 Ogos- 30 orang disahkan terkorban dan 35 lagi masih hilang setakat tengah hari Khamis selepas hujan lebat akibat taufan melanda Bandar Zixing, Wilayah Hunan di tengah China, menurut pihak berkuasa tempatan.

Menurut ibu pejabat kawalan banjir dan bantuan kemarau bandar itu, sebahagian besar jalan raya, bekalan elektrik dan komunikasi di lapan pekan yang paling terjejas di Zixing susulan kesan Taufan Gaemi, telah dipulihkan lapor Xinhua.

Usaha mencari dan menyelamat masih diteruskan. - BERNAMA

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM