TOKYO, 14 Ogos- Taufan Ampil dijangka mendarat di Jepun pada Jumaat.
Menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA), Taufan Ampil membawa angin dengan kelajuan 162 kilometer sejam dan bergerak ke timur laut dengan kelajuan 15 kilometer sejam.
"Taufan yang bergerak perlahan, kini di selatan Jepun. Ia akan menutupi bahagian timur atau utara Jepun pada Jumaat hingga Sabtu ini dengan ribut yang kuat," menurut kenyataan itu.
Syarikat 'Central Japan Railway' berkata akan menangguhkan operasi kereta api berkelajuan tingginya antara Tokyo dan Nagoya sepanjang hari Jumaat.
Terdahulu, Ribut Tropika Maria yang mendarat di utara Jepun, telah menyebabkan hujan turun lebih banyak di beberapa kawasan, selain menyebabkan pembatalan puluhan penerbangan. - AFP