fb fb fb fb fb

Strok haba: 61 orang terkorban di Thailand

Foto AFP

BANGKOK, 10 Mei- Seramai 61 orang terkorban di Thailand akibat strok haba, pada tahun ini.

Menurut Kementerian Kesihatan Thailand, jumlah itu meningkat, berbanding 37 kematian pada tahun lalu.

"Timur laut Thailand iaitu kawasan pusat pertanian menyaksikan jumlah kematian tertinggi," menurut kenyataan itu.

Cuaca panas melanda keseluruhan wilayah di Thailand selama berminggu-minggu.

Ia mendorong pihak berkuasa tempatan mengeluarkan amaran tentang cuaca panas hampir setiap hari.

Sementara itu, Timbalan Jabatan Kawalan Penyakit Thailand, Apichart Vachiraphan menasihatkan orang ramai yang mempunyai masalah kesihatan untuk terus berada di rumah dan mengehadkan aktiviti luar.

Terdahulu, para saintis memberi amaran tentang perubahan iklim di Thailand yang akan menyebabkan tempoh gelombang haba lebih panjang berbanding pada hari-hari biasa.- AFP

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM